-->
Kerja di Singapura

ASB VS Rumah Lelong.

Advertisement
Simpanan ASB vs Pelaburan Rumah Lelong ( Lelong House ).



Yang Mana Lebih MENGUNTUNGKAN?

Katakan kita menyimpan wang sejumlah RM10 ribu di ASB. Setelah cukup setahun kita
akan memperolehi dividen sebanyak RM700 (katakan dividen yang diberi 7%).
Jadi nilai wang ASB kita sekarang ialah RM10,700.

Jika kita keluarkan duit dari ASB dan melabur dengan membeli sebuah rumah lelong
yang berharga RM50,000 (harga pasaran RM70 ribu) kita akan perolehi keuntungan
lebih dari dividen ASB.

Bagaimana caranya?

Untuk membeli rumah lelong tersebut kita cuma perlu:


►Membayar sejumlah 5% iaitu RM2,500.00 untuk deposit.
►Wang guaman lebih kurang RM3 ribu dan
►Wang insuran MRTA RM2 ribu (premium dikira mengikut umur pembeli).




Maka jumlah keseluruhannya ialah RM7,500.

Katakan kita membuat pinjaman bank sebanyak RM47,500 dengan bayaran ansuran bulanan
sebanyak RM320 untuk tempoh selama 25 tahun dan sewakan rumah tersebut dengan kadar
sewa RM400 sebulan.

Untuk mendapat wang sewaan yang tinggi, pilihlah lokasi rumah yang baik,
Lokasi yang banyak kemudahan awam.

Untuk tempoh setahun, sewa yang kita terima ialah RM4,800 dan setelah di tolak
ansuran bulanan RM3,840 (12 bulan) kita masih punya lebihan sebanyak RM960.

Dari contoh di atas, kita akan memperolehi setiap tahun wang sewaan (lebihan) berjumlah RM960 berbanding dengan dividen ASB yang cuma RM700.

Dan lebih dari itu, kini kita mempunyai harta (rumah) bernilai sebanyak RM70,000
berbanding dengan duit ASB kita hanya RM10,000. Dan perlu di ingat, dari setahun ke setahun
nilai rumah kita akan meningkat.

Lakukan pemilihan yang tepat supaya masa depan lebih terjamin. Berminat ilmu rumah lelong belajar dari pakar seperti Sifu Rumah Lelong Shafie Bustan ( pie2020 ).

Terima kasih yang telah berjaya. TAHNIAH.



Advertisement

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments