BlogHafisz

| Blog infomasi Pilihan |

Formula Seru Rezeki

Formula Seru Rezeki


Rezeki yang berlimpah antara tanda keberkatan yang dikurnia oleh maha memberi rezeki atas apa yang telah kita lakukan. Menggunakan formula seru rezeki yang betul akan membantu kita memperolehi sumber pendapatan perniagaan rezeki yang diberkati, rezeki dan duit yang sedikit itu, menjadi berlimpahan, yang lebih daripada mencukupi.


Rezeki meliputi makanan, pakaian, kesihatan, rumah yang luas, kenderaan yang selesa, isteri-suami yang soleh, anak-anak yang soleh dan banyak lagi. Antara banyak-banyak rezeki dan nikmat yang paling besar patut disyukuri oleh manusia ialah rezeki beriman dan beramal soleh.


Bayangkan kita mempunyai rezeki melimpah yang lebih daripada mencukupi. Semakin diagih, semakin rezeki mengalir deras dalam hidup kita. Duit tidak putus melimpah masuk. Semakin banyak peluang yang membantu kita untuk menjana pendapatan yang halal dan diberkati.


Formula seru rezeki

Cuba kita lakukan sedekah RM1 sehari. Amalan ini telah banyak mengubah hidup mereka yang telah mengamalkannya. Apa kata cuba kita lakukan sekarang. Tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi kita perlu sematkan dalam diri untuk bersedekah, Insya-Allah harta yang dikeluarkan akan diganti berlipat ganda.

Paling penting untuk formula seru rezeki ini ialah zikir dan sedekah tiap hari kepada fakir miskin dengan niat yang ikhlas. Berdoa adalah syariat yang terbaik dalam islam supaya kita memohon kepada yang esa. Jangan baca sahaja lakukan, kita akan rasai kelainan dalam kehidupan ini.

Kita juga perlu lakukan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat ini antara formula seru rezeki. Kedua-dua solat sunat ini mempunyai kesan yang hebat jika kita amalkan selalu.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

Jangan salahkan formula seru rezeki tetapi salahkan diri sendiri dahulu kenapa rezeki tidak datang.


Formula seru rezeki

Berdasarkan konsep rezeki yang diterangkan, maha esa memberi jalan seluas-luasnya bagi setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk. Justeru, selagi berpeluang bernafas, manfaatlah harta untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain kerana rezeki yang kita miliki kadangkala ada hak kepada orang lain.

Selain itu, menunaikan hajat orang lain juga boleh meluaskan jajaran rezeki kita. Jadi, bagi menyucikan sebahagian harta, setiap orang perlu manfaatkan harta itu dengan membelanjakannya ke jalan yang boleh memberi manfaat kepada semua manusia.

Kita juga disaran berusaha memperbaiki kelemahan dan meloloskan diri daripada kemiskinan kerana kemelaratan itu hanya akan menjauhkan diri kita daripada Tuhan.


formula seru rezeki


Ini rahsia untuk anda belajar ilmu formula seru rezeki
2 Komentar untuk "Formula Seru Rezeki"

Alhamdulillah satu perkongsian menarik semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNya

yup betul, rezeki ada banyak jenis bukan duit semata-mata :). Money is not everything... everything need money now.

 
Copyright © 2014 BlogHafisz - All Rights Reserved
Template By Catatan Info